Tuesday 18 April 2017

Profil Syarikat




Pengenalan
ZMS Electrical Synergy Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat kontraktor Bumiputera yang didaftarkan di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (CIDB), dan diperakukan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pengarah Syarikat
Syarikat ZMS Electrical Synergy Sdn Bhd dahulunya dikenali sebagai ZMS Electrical. Syarikat ZMS Electrical diusahakan oleh tiga pemilik atau rakan kongsi sejak tahun 1999. Kemudian syarikat ini diuruskan oleh Encik Zainal Bin Jaapar iaitu pengarah syarikat kini bermula tahun 2005. Setelah beberapa tahun syarikat ini menjalankan projek pemasangan lampu awam dan sebagainya, pihak pengarah bersetuju untuk mengembangkan usaha dengan lebih jauh. Kini, Syarikat ZMS Electrical Synergy Sdn Bhd dimiliki oleh Encik Zainal Bin Jaapar dan Encik Ridhwan Bin Zainal.

Kerja-Kerja Teras
Syarikat ini menjalankan kerja-kerja pendawaian domestik dan industri, pemasangan kabel bawah tanah dan overhed, kerja-kerja penyelenggaraan elektrik, sambungan kabel, dan membekalkan barang-barang elektrik.

Organisasi
Organisasi syarikat ini terbahagi kepada dua iaitu bahagian operasi dan bahagian pentadbiran. Pekerja syarikat ini terdiri daripada pekerja-pekerja kompeten yang diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan juga terdapat beberapa pekerja mahir.